Hajiji hadir majlis penyerahan lembu korban di IPD Tuaran

TUARAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menghadiri Majlis Penyerahan Lembu Korban di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran sempena Aidiladha.

Dalam majlis itu, beliau menyerahkan lembu korban secara simbolik kepada Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan Noraidin Ag Maidin.

Turut hadir Ahli Parlimen Tuaran merangkap ADUN Tamparuli, Datuk Wilfred Madius Tangau; ADUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai; ADUN Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya dan ADUN Dilantik, Datuk Abdul Kassim Razali.

Terdahulu, Hajiji menunaikan solat sunat Aidiladha bersama penduduk di Masjid Haji Noor Kampung Serusup sebelum meluangkan masa beramah mesra dengan jemaah.