Itali minat perkukuh kerjasama dengan Sabah

KOTA KINABALU: Itali menunjukkan minat untuk memperluaskan kerjasama dengan Sabah dalam beberapa sektor termasuk pelancongan, pendidikan tinggi dan kesihatan awam.

Duta Itali ke Malaysia, Raffaele Langella berkata, Sabah kini semakin mendapat perhatian di Itali sebagai destinasi pelancongan serta mempunyai potensi industri yang besar.

Beliau berkata demikian selepas kunjungan hormat terhadap Tun Musa Aman.

Menurutnya, antara bidang yang berpotensi untuk diterokai termasuk kerjasama universiti serta pelaburan dalam sektor kesihatan awam.

Menurutnya, Itali berminat meneroka peluang kolaborasi dalam sektor universiti dan pelancongan, selain membincangkan potensi pelaburan dalam bidang kesihatan awam.

Katanya, kunjungan itu bertujuan memperincikan hasrat kerjasama serta membuka ruang kepada hubungan yang lebih konkrit antara kedua-dua pihak.