200 rumah atas air musnah dalam kebakaran

SANDAKAN: Kira-kira 200 rumah atas air musnah dalam kebakaran besar di Kampung Bahagia, di sini, awal pagi tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kebakaran melibatkan rumah tidak kekal dengan keluasan kira-kira 300 meter persegi dan terbakar 100 peratus.

Operasi pemadaman berdepan kesukaran berikutan laluan sempit serta keadaan air laut surut yang menyukarkan bekalan air.

Selain itu, faktor angin kencang dan kedudukan rumah yang rapat menyebabkan api merebak dengan cepat.

Setakat ini, kebakaran masih belum dapat dikawal sepenuhnya.