Gongxi Raya IDS perkukuh perpaduan, eratkan hubungan warga kerja

KOTA KINABALU: Sambutan Gongxi Raya Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) dilihat sebagai platform penting dalam memperkukuh hubungan dan memupuk perpaduan dalam kalangan warga kerja serta jemputan.

Pengerusinya, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, gabungan sambutan Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina itu mencerminkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

Menurutnya, majlis seumpama itu bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah menjadi simbol kesyukuran dan perkongsian rezeki dalam suasana penuh kemesraan.

Beliau berkata, tradisi Yee Sang yang diraikan turut membawa mesej penyatuan dan harapan baharu ke arah kejayaan bersama.

Dalam masa sama, beliau menekankan kepentingan amalan bersederhana serta kesiapsiagaan dalam menghadapi cabaran global dan ekonomi yang tidak menentu.