KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud, berkata pendidikan menjadi fokus utama di Parlimen Sepanggar bagi memastikan tiada pelajar tercicir.
Menurut beliau, antara inisiatif dilaksanakan termasuk penyediaan tuisyen percuma kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM.
Beliau berkata, pusat tuisyen disediakan di beberapa lokasi termasuk Pusat Khidmat Parlimen Sepanggar serta beberapa sekolah menengah di kawasan itu.
“Selain itu, seramai 480 pelajar turut disenaraikan menerima anugerah kecemerlangan SPM,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan projek siap Kampung Angkat Madani di Kampung Pulau Sepanggar, di sini hari ini.
Mustapha merupakan Ahli Parlimen Sepanggar turut memaklumkan bahawa bantuan one-off diberikan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke IPTA, iaitu RM300 bagi pelajar di Sabah dan RM500 bagi pelajar di Semenanjung.
