KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat pulang ke Kuala Lumpur selepas menamatkan lawatan kerja sehari di Sabah hari ini.
Pesawat khas yang membawa beliau berlepas dari Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) kira-kira jam 7.55 malam.
Sebelum keberangkatan, bacaan doa selamat dipimpin Mohd Alwie Noorbati dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).
Hadir mengucapkan selamat jalan ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk TS Mustapha Sakmud, Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Mohd Razali Wahab serta Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.
Sepanjang lawatan itu, Anwar menghadiri beberapa program termasuk perasmian Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2026 di Suria Sabah, tinjauan di Bazar Ramadan Universiti Apartment Sepanggar serta majlis berbuka puasa bersama warga Universiti Malaysia Sabah (UMS).
