TUARAN: Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat di Masjid Nurusaadah, Kampung Bolong Lama, di sini, pada Isnin.
Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 200 penerima terdiri daripada golongan asnaf, fakir miskin, warga emas serta orang kurang upaya (OKU).
Majlis yang dianjurkan oleh Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) itu turut diserikan dengan pengisian tazkirah Ramadan sebelum diikuti dengan jamuan berbuka puasa serta solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah.
Turut hadir ialah ADUN Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya, ADUN Dilantik, Datuk Abdul Kassim Razali, Pengarah YKS,Datuk Diyanah Abdullah, Pegawai Daerah Tuaran, Ibrahim Terki, Ketua Pegawai Eksekutif Jetama Sdn.Bhd, Datuk Ahmad Naim Uddang dan Timbalan Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Malai Ali Malai Ahmad.
