Ramadan: Asnaf, keluarga pesakit buah pinggang terima sumbangan

KOTA KINABALU: Golongan asnaf dan keluarga pesakit buah pinggang menerima sumbangan khas sempena Ramadan dalam satu majlis kebajikan yang berlangsung di Masjid Nur Hidayah, di sini semalam.

Program yang dihadiri kira-kira 100 jemaah dan komuniti setempat itu menjadi platform menyantuni golongan memerlukan agar mereka turut merasai keberkatan bulan Ramadan.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Datuk Abd Manap Lakariba daripada Yayasan Budi Pingang Sabah (YBPS) yang hadir mewakili Yang Dipertua YBPS, Datuk Seri Abd Rashid Liaw.

Turut menyampaikan sumbangan ialah Pengerusi PERKIS Kota Kinabalu, Datuk Jalidar Abd Rahimserta Pengerusi Masjid Nur Hidayah, Yahya Pg Bujang.

Program itu turut dihadiri Setiausaha Pelaksana Naib Pengerusi PERKIS Kota Kinabalu, Anne Sidikbersama jemaah masjid dan komuniti sekitar.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah itu bukan sahaja membantu meringankan beban penerima, malah memperkukuh semangat kebersamaan dan solidariti masyarakat dalam menyantuni golongan memerlukan sepanjang bulan Ramadan.

Tazkirah sempena program tersebut di sampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Syahir Ismail bertajuk “Ramadhankan Hidupmu Selamanya”.