KIULU: Ketua PeneranganGabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Joniston Bangkuai menegaskan bahawa kekuatan politik Sabah bergantung kepada kesepakatan pemimpin tempatan, bukan pertambahan parti politik semata-mata.
Beliau mengingatkan bahawa terlalu banyak parti bersaing hanya akan melemahkan suara Sabah dalam rundingan dengan kerajaan Persekutuan.
“Apabila kita bersatu, kita dapat wakili Sabah dengan jelas. GRS mahu jadi kuasa utama menyatukan semua suara rakyat,” katanya di Kampung Rangalau Lama, hari ini.
Joniston merupakan penyandsng ADUN Kiulu berkata, di bawah pimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, GRS terus menjadi gabungan inklusif yang menghimpunkan pemimpin pelbagai latar belakang demi rakyat Sabah.
Beliau menambah, kerjasama dengan kerajaan Persekutuan bukan tanda tunduk, tetapi strategi memastikan pembangunan sampai ke rakyat — tanpa gangguan akibat pertukaran kerajaan terlalu kerap.
