PRN Sabah: SAPP Umum Calon, Tiga Muka Baharu Siap Perjuangkan Suara Rakyat

KOTA KINABALU – Parti Maju Sabah (SAPP) mengumumkan enam calon bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Sabah Ke-17 pada 29 November ini.

Pengumuman dibuat Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee, selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi ke-233 di ibu pejabat parti di sini semalam.

Yong berkata calon-calon dipilih daripada gabungan pemimpin berpengalaman dan muka baharu yang diyakini mampu memperjuangkan suara rakyat serta memperkukuh kedudukan parti.

Calon-calon itu ialah:

DUN Likas: Yong Yit Jee, 38, peguam & Naib Pengerusi Pemuda SAPP

DUN Luyang: Gee Tien Siong, 52, ahli perniagaan & aktivis sosial

DUN Limbahau: Datuk Edward Dagul, 59, bekas Ketua Pemuda & Timbalan Presiden SAPP

DUN Kundasang: Datuk Japiril Suhaimi, 62, Timbalan Presiden & Bendahari Agung
DUN Tanjung Papat: Henley Liew Yun Ye, 57, pesara pengetua sekolah

DUN Segama: Yvonne Yong Yit Phung, 40, Ketua Mudanita SAPP

Tiga calon, Yong Yit Jee, Henley Liew dan Yvonne Yong, merupakan muka baharu yang pertama kali bertanding.

Setiausaha Agung SAPP, Datuk Richard Yong We Kong, menegaskan pengumuman awal menunjukkan perancangan jelas dan kesiapsiagaan tinggi parti berbanding pesaing lain.

Semua calon kini bersedia turun padang memperjuangkan suara rakyat Sabah.