KOTA KINBALU: City University Malaysia (Sabah) telah melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Bantuan Banjir pada 17 hingga 18 September 2025 di beberapa kawasan terjejas akibat bencana banjir di sini semalam.
Antara kawasan yang menerima bantuan tersebut, termasuk Tuaran, Penampang, Rampayan, Putatan, Pulau Penampang, dan Darau.
“Program ini dilaksanakan sebagai satu inisiatif untuk meringankan beban masyarakat setempat yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.
“Pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan, termasuk keperluan asas, peralatan kebersihan, serta sokongan moral dan tenaga sukarelawan,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
Usaha ini mencerminkan komitmen City University Malaysia (Sabah) dalam memperkukuh hubungan dengan komuniti setempat dan menyumbang secara aktif dalam menangani cabaran kemanusiaan di negeri ini.