KENINGAU: Seorang wanita tahun nyaris terperangkap selepas rumahnya dinaiki air dalam kejadian banjir kilat di Kampung Tuntumulud, Bingkor, di sini, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Keningau, Penolong Kanan Pegawai Bomba Severinus @ Mohd Nidzam Sainkui berkata, dalam kejadian jam 7.15 malam itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau menerima panggilan kecemasan sebelum menghantar lapan anggota bersama dua jentera ke lokasi kejadian.
Katanya, sebaik tiba 20 minit kemudian, pasukan bomba mendapati beberapa kawasan perumahan dinaiki air.
“Seorang wanita berusia 45 tahun berjaya dipindahkan ke rumah keluarganya yang berhampiran oleh anggota bomba.
“Selepas pemeriksaan lanjut, paras air didapati semakin surut dan keadaan selamat dikawal,” katanya ketika dihubungi, malam ini.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.59 malam.
