BN Tolak Kerjasama, GRS Makin Kukuh – Aksyah

KOTA KINABALU: UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah rasmi menolak kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN-17).

Bekas Timbalan Ketua BERSATU Sabah, Aksyah Nasrah berkata keputusan itu peluang emas untuk rakyat memilih secara bebas tanpa pengaruh luar.

“BN tolak kerjasama kerana hanya ditawar lapan kerusi. Itu bukti kedudukan sebenar BN di Sabah,” katanya.

Menurutnya, GRS tepat menolak tuntutan BN kerana prinsip Incumbency Rule perlu dihormati — kerusi dimenangi wajib dipertahankan.

Aksyah menyifatkan hubungan GRS-BN kini “ibarat minyak dan air” dan PRN-17 jadi medan sebenar mengukur sokongan rakyat.

Beliau yakin kerjasama GRS bersama Pakatan Harapan (PH) yang sudah lebih dua tahun terbukti mampu menjamin kestabilan politik Sabah.

“Jika Sabahan mahu Sabah stabil dan jujur, pilihlah GRS. Jangan ulang kesilapan beri kuasa luar tentukan nasib kita,” tegasnya.

Katanya lagi, keputusan BN itu hanya menguatkan lagi mesej bahawa masa depan Sabah wajar ditentukan rakyat Sabah sendiri.