Nizam terima kunjungan Pusat Biodiversiti Sabah

KOTA KINABALU : Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menerima kunjung hormat Pusat Biodiversiti Sabah, Kartina Khamis, Pengarah Pusat Biodiversiti Sabah di Pejabatnya di sini hari ini.

Kunjungan itu adalah untuk memberi  taklimat berkaitan majlis sambutan Hari Biodiversiti Sedunia peringkat negeri Sabah tahun 2025.

Program ini bertemakan tema “Harmony with nature and sustainable development” dijangka diadakan pada 24 julai ini di Dewan Arena Masyarakat Semporna.