KOTA KINABALU: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menerima kunjungan hormat Konsul Republik Indonesia di Tawau, Bapak Aris Heru Utomo di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, di sini hari ini.
Nizam merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas dan Aris mengadakan perbincangan mengenai pelbagai isu yang menjurus kepada mengukuhkan hubungan yang lebih erat diantara Tawau dan Kalimantan Utara.
Ini sebagai kawasan yang bersempadan di Pantai Timur Sabah dengan Negara Indonesia.
Kelihatan dalam gambar, Nizam menyampaikan cenderamata kepada Bapak Aris Heru Utomo semasa kunjungan itu.
