Tiga PATI warga Vietnam balik ke negara asal atas program pembiayaan sendiri

SANDAKAN : Tiga lelaki merupakan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Vietnam daripada Depot Imigresen Sandakan dihantar balik ke negara asal melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Sabah, ketiga-tiga mereka dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

“Ini termasuk pelanggaran Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana masuk ke negara ini tanpa pas atau permit yang sah selain tinggal lebih masa.

“Kesemua PATI tersebut telah selesai menjalani hukuman penjara dan diperuntukkan proses pemindahan ke negara asal setelah lengkap dokumen perjalanan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kesemua PATI telah balik ke negara asal atas program pembiayaan sendiri.