ECoS Perkukuh Program Integriti Memerangi Rasuah

KOTA KINABALU : Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) komited memperkasa integriti sekali gus selaras memerangi rasuah di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Nasser Wahid berkata, beliau berharap kerjasama antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ECoS sangat penting dalam usaha memastikan gejala rasuah dapat dibenteras dipelbagai peringkat.

Katanya, pihaknya akan memastikan pemantapan antirasuah diperkasa memastikan pengurusan pentadbiran ECoS bebas rasuah, salah guna kuasa dan kegiatan penyelewengan.

Antara warga kerja ECoS di Majlis Melafaz serta Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di sini hari ini.

“Ini selaras dengan Arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dalam mewujudkan amalan inisiatif urus tadbir pemantapan yang cemerlang.

“Ini termasuk mengamalkan Integriti dan Antirasuah (GIA), ECoS turut menubuhkan Unit Integriti akan menjalankan fungsi IGU (Integriti Governans Unit),” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Melafaz serta Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di sini hari ini.

Abdul Nasser berkata, pemantuan ini akan berlandaskan empat fungsi teras, iaitu tadbir urus (Governans), pengukuhan integriti, pengurusan aduan serta pengesanan dan pengesahan (P&P).

Lafaz IBR tersebut diketuai Datuk Abdul Nasser Abdul Wahid bersama warga kerja serta Pengerusi ECoS, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili disaksikan Pengarah SPRM Sabah, Datuk Karunanithy A/L Y. Subbiah.