KOTA BELUD : Sejumlah RM124.70 juta diperuntukkan kepada pembangunan sektor perindustrian dan keusahawanan pada tahun depan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, golongan usahawan dan koperasi perlu mengambil peluang disediakan kerajaan agar lebih kompetitif dan berdaya saing.
Katanya, Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya akan memberi tumpuan secara langsung akan dapat menyumbang kepada peningkatan sosio-ekonomi masyarakat di Sabah.
“Ini seiring dengan komitmen kerajaan negeri komited untuk terus menyokong dan memperkasa sektor keusahawanan melalui pelbagai inisiatif dan program pembangunan usahawan dan koperasi.
“Saya percaya dengan segala bantuan yang disediakan kerajaan, lebih banyak lagi yang boleh dibangunkan oleh usahawan atau koperasi di negeri ini khususnya dalam sektor pelancongan dan pertanian,” katanya di sini hari ini.
Hajiji berkata, beliau memuji usaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang terus terus membantu sahawan Perusahaan, Mikro, Kecil dan Sederhana.
“Kerajaan bersedia mempertingkatkan lagi jaringan kerjasama dengan KUSKOP dalam pelaksanaan program berimpak tinggi bersesuaian keperluan semasa.
“Saya menghargai pencapaian direkodkan KUSKOP sentiasa komited dalam membantu usahawan termasuk komuniti penjaja dan peniaga kecil, ke arah memperkasakan ekosistem keusahawanan dan gerakan koperasi,” jelas Hajiji.
Menurutnya, beliau berharap agar KUSKOP terus membantu usahawan PMKS bukan di Kadamaian malah di seluruh negeri ini.
“Semoga segala usaha yang dilaksanakan oleh KUSKOP akan memberikan manfaat kepada usahawan dan koperasi dalam mengukuhkan kelangsungan perniagaan,” kata Hajiji.
