DUN Sabah : Tiada perancangan bina Pusat Latihan Jururawat di Sabah – James

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri belum mempunyai perancangan untuk membina Pusat Latihan Jururawat di Sabah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib berkata, kementeriannya bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mentransformasi semua Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) menjadi Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence – CoE) bagi melahirkan tenaga kerja kesihatan yang mahir serta berkualiti.

“Bagi tujuan ini, ILKKM Sabah dilengkapi pelbagai peralatan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) terkini pada tahun depan membabitkan peruntukan sebanyak RM199,626,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong [Sulabayan] bertanya adakah pihak kerajaan merancang untuk membina Pusat Latihan Jururawat yang serba lengkap dengan kemudahan terkini di Sabah.

James berkata, kebajikan dan keselesaan pelatih ILKKM Sabah akan diberi perhatian dengan penggantian kelengkapan asrama yang sudah usang.

“Tahun ini ILKKM dibekalkan peruntukkan pada Oktober tahun ini membabitkan kos sebanyak RM737,040,” jelas James.