BEAUFORT: Sesi taklimat Jabatan Kemajuan Masyarakat Malaysia (KEMAS) bagi memberikan penjelasan mengenai fungsi serta peranan Jawatan Kuasa Desa Madani (JKDM) di negeri ini.
Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Awang Aslee berkata , ini akan memberikan garis panduan kepada pengerusi (JKDM) dilantik dapat melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka dengan lebih cekap seiring dengan keperluan semasa.

Katanya, jika sebelum ini mereka yang dilantik dalam JKDM masih keliru dengan fungsi serta peranan mereka sebagai pengerusi.
“Kita mengharapkan melalui taklimat ini, mereka lebih memahami tugas diamanahkan, taklimat ini menjadi garis panduan untuk mereka melaksanakan tugas yang lebih berkesan di kawasan masing-masing.
“Sebelum ini mungkin mereka masih masih kurang jelas mengenai fungsi dan peranan JKDM dan keadaan ini ,turut dikelirukan lagi dengan kenyataan pihak tertentu di negeri ini, yang menolak pengwujudan JKDM di negeri ini,” katanya di sini semalam.
Awang Aslee merupakan Pengerusi Ahli Lembaga Penasihat Puat Giat Mara Parlimen Beaufort berkata, meminta semua pengerusi JKDM yang telah dilantik khususnya di kawasan tersebut agar lebih fokas melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka kepada masyarakat terutamanya dalam membawa perubahan dari segi kemajuan dan minda rakyat kearah meningkatkan taraf siso ekonomi mereka seharian.

“Di peringkat akar umbi (JKDM) merupakan agen perubahan melalui proses perancangan dan tindakan yang mampu membawa perubahan dari segi landskap pembangunan dan peningkatan ekonomi rakyat setempat” katanya.
Awang Aslee berkata, setiap JKDM yang sudah dibentuk tidak perlu risau terhadap desakan beberapa pihak yang menolak pengwujudan JKDM dengan alasan kerajaan negeri tidak mengiktirafnya.
“Abaikan tanggapan negetif mereka, kewujudan JKDM diiktiraf oleh kerajaan pusat.
“Mereka hanya memberikan andaian negetif demi kepentingan politik sempit bukannya politik pembangunan untuk kepentingan rakyat,” jelas Awang Aslee.
Menurutnya, kerajaan pusat melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukan sebanyak RM100,000 setahun kepada setiap JKDM di negeri ini, khusus untuk tujuan pembangunan dan peningkatan ekonomi masyarakat setempat.
“Melalui peruntukan ini, setiap JKDM boleh memanafaatkan dengan merancang untuk tujuan melaksanakan projek projek kecil pembanguna di kampung.
“Ini termasuk dapat melaksanakan kursus kemahiran jangka pendek bagi meningkatkan ekonomi penduduk setempat selain menjaga kebajikan masyarakat setempat,” kata Awang Aslee.
Hadir sama, Ketua Penerangan Umno bahagian Beaufort Awang Damit Jion, Ketua Wanita Umno bahagian Beaufort Juriffah Saflie ,Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Beaufort Ak.Mohd Yazri Ak.Mohd.Yahya serta Ketua Puteri Munira Sarrie.
