Perdana Menteri hadiri Majlis Makan Malam bersama kepimpinan negeri

KOTA KINABALU : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Makan Malam Kerajaan Sabah bersama barisan kepimpinan negeri.

Beliau berkata, ruang santai ini digunakan untuk bertukar pandangan mengenai isu semasa dan nasional sebelum kami turun padang ke program rasmi esok.

“Pastinya, saya akan menyampaikan beberapa amanat penting sewaktu kunjungan ke Karnival Segalanya Felda di Felda Sahabat, Lahad Datu esok pagi sebelum menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA) pada sebelah petang,” katanya hari ini.