KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menerima kunjungan Pemimpin Perniagaan dan Industri Muda Sabah (SYBIL) di Sri Gaya di sini, hari ini.
Kunjungan ini untuk mendapat input daripada golongan profesional muda untuk membantu dalam penggubalan dasar.
“Kerajaan negeri sangat memerlukan input profesional serta idea segar daripada golongan muda untuk maju ke hadapan.
“Ini merupakan terbaik kerajaan negeri untuk bersama-sama membangunkan Sabah di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya.
Dalam pertemuan itu, Hajiji turut diberi taklimat rangka kerja dasar SYBIL untuk pemimpin perniagaan dan industri muda daripada James Wong yang mengetuai delegasi SYBIL.
James memberitahu Ketua Menteri bahawa SYBIL mempunyai rangkaian kira-kira 200 usahawan muda dan pemimpin perniagaan yang berjaya bersedia untuk membantu Kerajaan Negeri.
Turut hadir ahli Majlis Penasihat Ekonomi Sabah diketuai Tan Sri David Chu.
