SEDCO serah zakat perniagaan kepada Pusat Zakat Sabah

KOTA KINABALU: Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) menyerahkan zakat perniagaan secara berkelompok berjumlah RM277,697.16 kepada Pusat Zakat Negeri Sabah.

Antara Syarikat Kumpulan SEDCO yang menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2023 ialah SEDCO sebanyak RM200,000, Perkasa Realty Sdn Bhd (RM30,000), IIB Insurance Brokers Sdn Bhd (RM30,000) dan Sedcovest Holdings Sdn Bhd membayar haul Perniagaan bagi tahun 2022 sebanyak RM17,697.16 di Kimanis Ballroom, Kota Kinabalu di sini semalam.

Anak-Anak yatim bergambar kenangan bersama pihak pengurusan SEDCO semasa Majlis Iftar Ramadan Sedco 2024 di Hyatt Regency Hotel.

Penyampaian akad disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MUIS Ramlan Awang Ali bersama Ketua Bahagian Zakat,  Iwansuzairie Hari.

Akad Zakat Perniagaan SEDCO bagi tahun 2023 dilafazkan oleh Timbalan Pengurus Besar Kumpulan SEDCO Azrul Ahmad dan disaksikan oleh Timbalan Pengerusi SEDCO Datuk Seri  Dr. Arsit Sedi.

Sementara itu, akad bagi Syarikat Kumpulan masing-masing dibaca oleh Pengurus Besar (PB)/CEO Mat Saidi Minting- PB PRSB Tuah Tahir – PB IIB,  Abd Rahim Mohd Zain- PB SVH.

Turut diadakan penyampaian sumbangan untuk aktiviti dan kelengkapan berupa RM1,000 kepada masjid, rumah Kebajikan dan persatuan terdiri Masjid Daerah Putatan, Masjid Nurul Islam Kg Peringatan Petagas, Masjid Sembulan, Masjid Bandaraya,  Rumah Amal Kasih dan Persatuan Penasihat Kewangan Islam Sabah.

Seterusnya sumbangan SEDCO kepada anak yatim/mualaf/asnaf berupa baju raya dan duit raya.

20 daripada anak berkenaan akan disalurkan kepada pendalaman Sabah di Pagalungan, Sook.

Penyerahan tersebut akan disampaikan dalam bulan Ramadan ini oleh Badan Islam Kumpulan SEDCO dan 30 anak yatim.

Penerima sumbangan daripada

1) Pesakit Hospital Likas

2) Sekolah Tg Aru II

3) Kelas Perdana Prospek Kaunselor

4) Rumah Amal Kasih

Majlis diakhiri dengan sungkai dan tarawih secara berjemaah dan moreh hidangan dari pihak hotel.

Turut hadir memeriahkan majlis  Dayangku Fazidah Haitun Pg Bagul,  Ahli Lembaga Pengarah SEDCO, Myrna Jimenez, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEDCO, Pegawai Pusat Zakat MUIS dan Pegawai Syarikat Kumpulan.