Lelaki hilang ketika memancing

LAHAD DATU : Dua lelaki dilaporkan hilang ketika keluar memancing di Lautan Membatu, Pulau Gaya dan Pulau Bait di perairan Lahad Datu, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung menimpa kedua-dua lelaki berusia 43 dan 45 tahun itu pada 6.47 pagi tadi.

Katanya, mereka dikenali sebagai Amran Kalu dan Jufli Sahuddin dipercayai keluar menjalankan aktiviti memancing dilaut pada sabtu lalu tetapi disedari hilang semalam apabila kedua-dua mereka gagal dihubungi.

“Pasukan dari Balai Bomba Lahad Datu ke lokasi kejadian selepas mendapatkan maklumat dan seterusnya menjalankan operasi SAR. Pihak Bomba akan mengemaskini maklumat dari masa ke semasa berkaitan kejadian ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sumsoa berkata, empat anggota bomba bersama sebuah jentera dihantar ke lokasi bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).