Gara-gara futsal, 18 penyokong dan pemain futsal bergaduh ditahan reman

LABUAN: Seramai 18 penyokong termasuk pemain futsal yang membuat rusuhan di luar gelanggang futsal Perbadanan Labuan  di Jalan Tanjung Purun  ditahan  reman selama empat hari, pada Sabtu lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan DSP Robin@ Ridzuan Ismail berkata, kesemua mereka yang berumur antara 17 hingga 32 tahun  itu merupakan lelaki dan warga tempatan ditahan sekitar jam 1 petang.

Katanya tangkapan itu dibuat susulan tular sebuah video  berdurasi 22 saat yang memaparkan pergaduhan di luar gelanggang futsal ketika perlawanan dua pasukan sedang berlangsung akibat provokasi antara penyokong dan pemain.

“Akibat daripada pergaduhan itu, seorang mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Robin menjelaskan kesemua mereka ditahan reman tiga hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana murusuh.

Katanya jka sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Difahamkan, kedua dua penyokong  yang terlibat dalam rusuhan itu  merupakan penyokong futsal dari Kampung Bebuloh dan juga Kampung Patau-Patau.