KOTA KINABALU : Sejumlah 77 kontinjen mengambil bahagian dalam perarakan di Padang Merdeka sempena ulang tahun rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di sini pagi tadi.
Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni disambut Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor sebaik tiba di Padang Merdeka di sini.
Tujuh belas tembakan kanun dilepaskan sebagai tanda penghormatan semasa peringkat kebangsaan dan negeri lagu kebangsaan diikuti dengan pemeriksaan kawalan kehormatan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar kemudiannya disampaikan Sayap Kehormat VAT69 daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Husain.
Kemuncak majlis ialah pemotongan kek hari jadi Pulut Kuning oleh Tun Juhar kemudiannya diiringi Ketua Menteri serta tetamu lain termasuk persembahan isitimewa daripada Lembaga Kebudayaan Sabah.
