KOTA KINABALU: Sebanyak 38 buah sekolah rendah dan menengah swasta di negeri ini yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut memulakan operasi hari ini, melibatkan keseluruhannya 7,149 murid.
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Dr. Mistirine Radin berkata, daripda jumlah tersebut, 1,075 adalah murid di 18 buah sekolah rendah swasta.
Ia melibatkan 203 orang guru, katanya dalam kenyataan media semalam.
Katanya, selebihnya iaitu 6,074 orang adalah pelajar di 20 sekolah menengah swasta yang mempunyai 736 orang guru.