KOTA KINABALU: Menjelang Ramadan ini, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) menyediakan kira-kira 700 juadah berbuka puasa bertemakan “Selera Kampung’ bermula 13 April ini bertempat di Kinabatangan Hall SICC.
Citarasa menyelerakan sepanjang Ramadan olen SICC itu bakal menyajikan masakan tradisional ala kampung serta menu-menu Diraja daripada pelbagai kaum di negara ini.
Ia merupakan juadah Ramadan terbesar pernah disediakan dan orang ramai dijemput untuk menikmati pelbagai jenis masakan bersama keluarga atau rakan.
Ruang makan peribadi disediakan untuk tempahan keluarga, kumpulan atau syarikat korporat.
Ketua Pegawai Eksekutif SICC, Datuk Rosmahwati Lasuki berkata, harga yang ditawarkan adalah RM128 (walk-in) bagi orang dewasa manakala RM64 bagi kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun. Untuk pra pembelian pula, harga ditawarkan ialah RM96 (orang dewasa, warga tua) dan RM48 untuk kanak-kanak.
Rosmawati berkata bagaimanapun, ia terhad kepada 700 orang untuk setiap hari berbuka puasa meskipun ruang berkenaan boleh memuatkan kira-kira 3,000 pada satu-satu masa.
Langkah itu bertujuan mengelak kesesakan dalam kalangan pelanggan yang datang kerana mereka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi 088 206 060, +6019 672 0779 (Whatsapp) atau melayari www.siccsabag.com/foodbar.
SabahNewsToday