KOTA KINABALU: Seramai 53 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah dalam Ops Kutip dan Ops Sapu yang dijalankan di sekitar Kota Kinabalu dan Tuaran, kelmarin dan semalam.
Operasi selama dua hari bermula 2 hingga 3 Februari itu membabitkan 61 pegawai dan anggota Bahagian Penguatkuasa JIM Ibu Pejabat Kota Kinabalu.
Hasil pemeriksaan terhadap 177 individu, pihak imigresen menahan 24 lelaki dan 29 wanita, kesemuanya warganegara Filipina, kerana disyaki melanggar Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Kesemua PATI terbabit dibawa ke pejabat imigresen untuk tindakan lanjut.
JIM Sabah menegaskan operasi penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membanteras kehadiran PATI serta memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.
