53 ahli Wanita USIA Bahagian Labuan sertai Kursus Pengurusan Jenazah Musllim

LABUAN : Seramai 53 ahli Wanita USIA Bahagian Labuan berjaya menyertai Kursus Pengurusan Jenazah Muslimah diadakan di Dewan Datuk Seri Mohammed Bledram di sini, kelmarin.

Kursus merupakan anjuran Wanita USIA Bahagian Labuan dirasmikan Timbalan USIA Bahagian Labuan, Sahari Amdan.

Menurut Ketua Wanita USIA Bahagian Labuan, Dg. Sharifah Mahmud, objektif utama kursus itu adalah untuk meningkatkan ilmu dan kefahaman secara teori.

Katanya, ia juga adalah kursus pratikal berkaitan pengurusan jenazah khususnya kaum muslimah.

“Ia juga sebagai inisiatif dalam memberi kesedaran terhadap tanggung jawab fardhu kifayah kepada para peserta,” katanya.

Terdahulu Sahari berkata, kursus merupakan julung kalinya diadakan  diharap mampu menjadi pengalaman berguna.

“Ini khususnya kepada peserta dalam menyuburkan tanggung jawab fardhu kifayah.

“Secara sekali gus menggalakkan penglibatan dalam pengurusan jenazah kepada komuniti masing masing,” katanya di sini kelmarin.

Kursus bermula seawal jam 8.00 pagi dikendalikan Rohana Abd. Kahar dari Persatuan Pesara Guru Wilayah Persatuan Labuan.

Turut diadakan pada kursus itu tazkirah yang disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Agama Al Lamudin Sungai Bedaun,  Azlina Mohd Noor.

Hadir sama, Naib Yang Di Pertua USIA Bahagian Labuan, Yahya Bakri Dan jawatan kuasa Wanita USIA Bahagian.