SANDAKAN: Seramai 49 pendatang asing tanpa izin (PATI), termasuk wanita dan kanak-kanak, ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di tiga lokasi berasingan di daerah ini.
Dalam operasi pada 10 April itu, seramai 95 individu diperiksa sebelum 49 daripadanya ditahan kerana tidak memiliki dokumen sah.
Mereka yang ditahan terdiri daripada 13 lelaki dewasa, 15 wanita dewasa, 14 kanak-kanak lelaki dan tujuh kanak-kanak perempuan, melibatkan warga Filipina, Indonesia dan Pakistan.
Semua suspek disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63.
JIM Sabah memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melindungi atau menggaji PATI.
