43 rumah hangus, 200 penduduk di Kudat hilang tempat tinggal

KUDAT: Kira-kira 200 penduduk Kampung Tanjung Kapur di sini hilang tempat tinggal selepas 43 rumah jenis tidak kekal hangus dalam kebakaran awal pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah berkata 21 anggota bersama tiga jentera memadam kebakaran bergegas ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran itu pada pukul 2.28 pagi.

“Pemadaman dijalankan menggunakan dua saluran daripada sumber air pili bomba. Kebakaran dapat dikawal pada pukul 4.21 pagi sebelum operasi ditamatkan pada 6.43 pagi ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu jam 2.28 pagi menerusi talian MERS 999.

“Sepasukan anggota bersama jentera, diketuai Komander Operasi, PPgB Ishak Jabas dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat dikejarkan ke lokasi.

“Mereka juga turut dibantu oleh anggota serta jentera daripada BBP Kota Marudu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut jurucakap tersebut, ketika tiba di lokasi, didapati kira-kira 20 buah rumah jenis tidak kekal telah terbakar 100 peratus.

“Kebakaran berjaya dikawal  pada jam 4.21 pagi dan pemadaman masih lagi dijalankan oleh pasukan bomba di tempat kejadian,” katanya.