37 warga asing ditahan dalam operasi penguatkuasaan JIM Sabah

KOTA KINABALU:  Seramai 37 warga asing ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah melibatkan Kota Kinabalu dan Lahad Datu.

Di Kota Kinabalu, enam warga Filipina ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Sementara itu di Lahad Datu, seramai 31 warga asing ditahan melibatkan pelbagai kesalahan termasuk tidak memiliki dokumen sah serta tinggal melebihi tempoh dibenarkan.

JIM Sabah menegaskan komitmen berterusan dalam memperkukuh penguatkuasaan bagi membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin di negeri ini.