LABUAN : Seramai 2,900 pelajar perempuan berumur 13 tahun melibatkan 11 sekolah menengah bakal menerima suntikan Vaksin HPV dijalankan secara berperingkat-peringkat.
Daripada Jumlah itu, 1,000 pelajar perempuan Tingkatan Satu Tahun 2021-2024 menerima suntikan Vaksin HPV pada Majlis Pra-Pelancaran Program Imunisasi HPV Kebangsaan Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di sini semalam.
Program tersebut diadakan di Dewan Serbaguna Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan (JKNWPL).
Jumlah selebihnya akan menerima Vaksin HPV secara berpusat pada 20 Julai depan.
Timbalan Pengarah JKNWP, Dr Mohd Zaki Ab. Hamid ketika berucap pada majlis itu beliau berkata, pengambilan vaksin HPV bertujuan mencegah kanser serviks atau kanser pangkal rahim disebabkan jangkitan kuman Human Papillomavirus Virus (HPV).
“Kanser serviks adalah diantara tiga kanser tertinggi penyebab kematian dalam kalangan Wanita di Malaysia
“Program Imunisasi HPV Kebangsaan dengan tagline Imunisasi HPV, Cegah Kanser Serviks merupakan satu inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi pelajar perempuan sekolah menengah semenjak Tahun 2010,” katanya di sini semalam.
Menurutnya, sejak program ini diperkenalkan 2.5 juta pelajar perempuan menerima suntikan Vaksin HPV di seluruh Malaysia.