LABUAN : Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Labuan (LCCC), Datuk Wong Kii Yii nengumumkan bertanding Jawatan Presiden Persatuan Gabungan Dewan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Sabah pada Mesyuarat Agung Julai ini.
Menurutnya, keputusan untuk bertanding Jawatan itu selepas berbincang dengan penyandang Presiden Gabungan Dewan Dewan itu, Tan Sri Andrew Liew Sui Fatt mengambil keputusan tidak mempertahankan jawatan tersebut.
“Keputusan bertanding Jawatan Presiden selepas mengambil kira semua pandangan dari Ahli LCCC termasuk saranan daripada penyandang Jawatan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Angkat Sumpah Jawatankuasa Dewan Perniagaan Tionghua Labuan sesi 2024-2027, di sini semalam.
Wong berkata, Presdien lama memberikan laluan kepada muka baharu yang berpotensi untuk memajukan lagi Persatuan Gabungan Dewan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Sabah dan Labuan ke era yang lebih maju dan berdaya saing.
Turut hadir, Presiden Gabungan Dewan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Sabah dan Labuan Tan Sri Andrew Liew Sui Fatt, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman.
Turut sama dalam program tersebut, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek, Konsulat Jeneral Indonesia Kota Kinabalu, Bapak Rafail Walangitan, Ketua Polis Daerah Labuan, Supt Mohd Hazimi Halim serta Pengarah Jabatan Bomba dan penyelamat Labuan, Abdul Rahman Ali.
Pada Majlis itu Gabungan Dewan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Sabah dan Labuan menyerahkan sumbangan bernilai RM20,000 Kepada Dewan Perniagaan Tionghua Labuan.
