KOTA KINABALU : Seorang lelaki maut selepas keretanya dipercayai hilang kawalan terbabas sendiri di longkang di Jalan CKS Manggatal di sini awal pagi tadi.
Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, mangsa berumur 28 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Katanya, seorang lagi mangsa perempuan berumur 24 tahun hanya mengalami cedera ringan berjaya dikeluarkan pasukan bomba menggunakan peralatan khas.
“Mangsa kemudiannya dan diberikan rawatan awal pasukan EMRS kemudiannya di hantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Pihak Bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.17 pagi tadi kemudian bergegas ke lokasi kejadian.
“Selepas tiba di lokasi kejadian bomba bersama sembilan anggota darı Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) lintas diketuai Komander Operasi, Selivester Yamud,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Menurut kenyataan tersebut, selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud di tempat kejadian, operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 5.15 pagi tadi.