29 KIR mangsa kebakaran Kg Laut terima sumbangan daripada MUTIARA GRS

BONGAWAN: Seramai 29 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa bencana kebakaran Kampung Laut di sini menerima sumbangan berupa wang tunai daripada Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) sempena Program Amal Kebajikan di perkarangan Surau Kampung Laut, hari ini.

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag yang juga Yang Dipertua MUTIARA GRS menyampaikan sumbangan RM200 kepada semua KIR, selain sumbangan peribadi beliau.

29 KIR mangsa kebakaran Kg Laut terima sumbangan daripada MUTIARA GRS.

Juliah dan rombongan MUTIARA GRS turut melawat dan meninjau tapak kebakaran dengan diiringi oleh Pegawai Daerah Membakut Ibrahim Terki dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Bongawan Yusoff Terki.

Dalam kejadian yang berlaku pada 4 Mac lalu, sebanyak 12 buah rumah musnah dalam kebakaran, melibatkan seramai 29 KIR dan membabitkan 97 orang mangsa.

29 KIR mangsa kebakaran Kg Laut terima sumbangan daripada MUTIARA GRS.

Pada 6 Mac lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Exco Agama turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM35,000 daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) kepada mangsa kebakaran Kampung Laut.

Sementara itu, Juliah bersama rombongan MUTIARA GRS turut melawat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Bongawan di Taman Bongawan Ria, yang kini mempunyai seramai 26 kanak-kanak berumur diantara lima tahun hingga 23 tahun.

29 KIR mangsa kebakaran Kg Laut terima sumbangan daripada MUTIARA GRS.

Juliah turut menyerahkan sumbangan daripada MUTIARA GRS sebanyak RM1,000 kepada Pengerusi PPDK Bongawan, Puan Normah Mammad, selain menyantuni anak-anak istimewa di pusat itu.

Turut hadir ialah Naib Yang Di-Pertua II MUTIARA GRS, Datin Seri Panglima Linda Ewit yang juga Pengerusi Biro Kebajikan, Pengerusi Biro Agama MUTIARA GRS, Datin Lenny Natasha Musa.

29 KIR mangsa kebakaran Kg Laut terima sumbangan daripada MUTIARA GRS.

Ahli-ahli MUTIARA GRS yang hadir terdiri daripada Datin Sri’ Asiah Udian, Datin Doreen Asiah Azlan@Philip, Datin Nurul Ililiyana@ Doris Joprit dan isteri Ahli Parlimen Kimanis Datin Dr.Rohamini@ Rumani Sibin.