26 kanak-kanak istimewa menerima sumbangan AZ Hotel & Serviced Apartments Labuan

LABUAN : Pihak Pengurusan AZ Hotel & Serviced Apartment  Labuan menyampaikan sumbangan kepada 26 kanak-kanak istimewa di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Mutiara di sini kelmarin.

Pengurusnya, Carrol Wong berkata, ini merupakan salah satu projek Tanggung Jawab Sosial Korporat (CSR) syarikatnya untuk membantu masyarakat setempat yang kurang bernasib baik.

Katanya, sumbanan berbentuk wang tunai, bakul makanan serta keperluan makanan harian diagihkan kepada 26 kanak-kanak istimewa di pusat berkenaan.

“Kami berharap dengan adanya sumbangan itu ia bukan sahaja dapat membantu meringankan beban pengurusan PDK itu, tetapi dapat memberikan kegembiraan kepada anak anak istimewa tersebut”, katanya di sini kelmarin.

Turut hadir, Pengurus PDK Mutiara Labuan, Sulaiman Bejo.