PUTATAN : University College Sabah Foundation (UCSF) bersama sekumpulan alumni universiti itu melakukan kerja amal di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Daerah Putatan.
Antara kerja-kerja amal yang dilakukan oleh pelajar, kakitangan serta Alumni UCSF termasuk gotong royong pembersihan rumah dan melukis Mural.
Program itu disertai lebih 20 orang diketuai Naib Canselornya, Dr Rafiq Idris, Noorashiqin (Ketua Pusat Bahasa), Mazlinah Binamin (Ketua Hal Ehwal Pelajar) dan Rozianah (Ketua Unit Alumni).
Alumni UCSF diwakili Kalvin Johnathan Sapian, Marina Yusop, Saslinah Sudin serta Alyssia Anne Gabriel.
Rafiq berkata, beliau amat gembira dengan penglibatan alumni UCSF dalam aktiviti khidmat masyarakat kali ini, memandangkan semua alumni yang menyertai program itu bakal graduan minggu hadapan.
“Saya amat bangga dengan kesungguhan bekas pelajar kita. Saya berharap agar program seumpama ini akan diperbanyakkan lagi serta dicontohi oleh pelajar yang baru memulakan pengajian”, katanya.
Menurutnya, aktiviti UCSF ini turut diadakan serentak dengan Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) dan Program Menyantuni Kanak-Kanak Peringkat Bahagian Pantai Barat yang berlangsung.