KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 25 kes kematian semalam, iaitu 12 kes di Kota Kinabalu, tiga kes di Tawau, masing-masing dua kes di Papar, Penampang, Beaufort dan Putatan.
Manakala Keningau dan Tambunan masing-masing mencatatkan satu kes kematian.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun menyatakan ini dalam kenyataan medianya malam tadi.
Katanya, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh adalah seramai 1,743 menjadikan jumlah kumulatif 98,774 orang.
Sementara yang sedang menerima rawatan adalah seramai 4,774 pesakit, iaitu 1,343 orang di hospital, 3,400 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 19 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala 12 orang di fasiliti swasta.
Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 181 orang dan 83 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated), kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.