33 C
Kota Kinabalu
Sunday, June 4, 2023

20 Unit Rumah SMJ Diperuntukkan Kepada 73 ADUN Sabah – Joachim

KOTA KINABALU: Semua 73 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) layak menerima peruntukkan sebanyak 20 unit rumah di bawah program Sabah Maju Jaya (SMJ).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, setakat ini ADUN pembangkang juga memperoleh maklumat ini bagi memberi peluang rakyat berpendapatan rendah mendapat kemudahan ini.

Katanya, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) merupakan pelaksana kepada Projek SMJ ini bukan dibawah kementeriannya.

“Semua ADUN boleh menyemak kelayakan bagi permohonan ini melalui Pejabat Daerah masing-masing bagi membolehkan kemudahan ini diberikan kepada rakyat layak menerimanya.

“Setakat ini tiada istilah pilih kasih hanya diberikan kepada ADUN kerajaan sahaja, malah semua 73 ADUN Sabah layak menerima kemudahan ini bagi meringankan beban rakyat di kawasan masing-masing,” katanya hari ini.

Joachim merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada ADUN Sulabayan dalam sesi soal jawab Persidangan DUN Sabah hari ini.

Joachim berkata, setakat ini matlamat kerajaan adalah untuk membolehkan semua rakyat kurang berkemampuan dapat memperoleh kemudian rumah di bawah program SMJ.

“Setakat ini program pembinaan rumah SMJ dilaksanakan melalui sistem IBS serta boleh juga didirikan dengan sistem konvensional sekali gus bergantung kepada kelayakan sedia ada,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles