SEMPORNA: Dua kompaun dikeluarkan terhadap premis yang melanggar peraturan dalam operasi pemeriksaan oleh Unit Penguatkuasaan Majlis Daerah Semporna, 1 Mei lalu.
Dalam operasi itu, sebanyak enam premis diperiksa membabitkan tiga premis penginapan, satu spa dan dua restoran.
Hasil pemeriksaan mendapati kesalahan kad kesihatan tamat tempoh dikenal pasti terhadap premis terlibat.
Bagaimanapun, satu premis penginapan bertindak melarikan diri semasa pemeriksaan dijalankan dan gagal dikenal pasti.
Operasi itu bertujuan memastikan pematuhan terhadap peraturan serta undang-undang kecil yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.
