LABUAN: Seramai 13 warga Filipina yang melibatkan 7 lelaki dan enam wanita dijatuhi hukuman penjara antara 4 bulan hingga 6 bulan atas pelbagai kesalahan termasuk memasuki Labuan tanpa sebarang dokumen yang sah.
Mahkamah Majistret Labuan, Kasyfurahman Abang Ahmad, berkata, kesemua mereka telah dijatuhkan hukuman oleh pada Selasa.
Pendakwaan mengikut Seksyen 6(1)(c), 15(1)(c) dan Seksyen 36 Akta Imigresen 1959/1963 yang memperuntukkan penjara sehingga lima tahun, denda RM10,000 dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mereka yang dijatuhi hukuman selepas mengaku salah terdiri Polygon Sapa, Sami Daud, Alden Sulaiman, Mohd Aidil Norsani, Abdul Nazar Bhar, Husin Kasim, Mohd Zaidi Ak Kong, Norana Wajib, Norazlina Awi, Mona Latino, Norsahaya Bensal, Norhayati Jamli dan Sofia Rajul.
Kesemua tertuduh hasil tangkapan Jabatan Imigresen Labuan sempena Ops Kutip yang dijalankan di sekitar Kawasan Tanjung Batu dan Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan pada 27 Febuari hingga 04 Mac lalu.