KINABATANGAN : Orang awam membantu Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran sebuah rumah di Ladang Morisem, di Kota Kinabatangan di sini malam tadi.
Ketua Balai Bomba Penyelamat Kota Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin, berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.22 malam menyebabkan bomba menghadapi kesukaran sampai memadam kebakaran berikutan jarak tempat kejadian melebihi 63 kilometer.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal berkeluasan 60×40 kaki persegi terbakar 100 peratus berjaya dipadamkan oleh orang awam yang tinggal di kawasan berhampiran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Nurul Azlan berkata, selepas memastikan tiada bahaya lain terlibat operasi ditamatkan pada jam 10.29 malam tadi.
“Pihak Bomba bersama sebuah jentera dengan kekuatan seramai lapan anggota diketuai oleh Pegawai Bomba, Jerry John,” jelas Nurul Azlan.