25 C
Kota Kinabalu
Monday, March 20, 2023

1,200 pekerja SFI tuntut bayaran gaji tertunggak 5 bulan diselesaikan segera – Abd Aziz

SIPITANG: Sebuah Jawatankuasa Perundingan dan Penyelesaian perlu ditubuhkan bagi memastikan isu tunggakan gaji selama lima bulan membabitkan 1,200 pekerja Sabah Forest Industries (SFI) perlu diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Warisan (WARISAN), Abd Aziz Taip, berkata Kerajaan dipimpin Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu bertindak segera serta bukan hanya pandai menabur janji sekali gus akhirnya tidak mampu ditunaikan.

Katanya, Hajiji perlu tampil berbincang serta menerangkan kepada semua pekerja SFI terjejas apakah serta bagaimanakah perancangan terhadap nasib pekerja terbabit.

“Pastinya pekerja SFI ingin minta penjelasan berkaitan dana RM130 Juta dinyatakan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

“Mereka pastinya akan menuntut tunggakan bayaran gaji tertunggak selama lima bulan serta saguhati dijanjikan sebelum Hari Krismas 2022 lalu serta status perancangan kerajaan GRS terhadap nasib kakitangan SFI ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau diminta mengulas berkaitan satu demonstrasi aman membabitkan pekerja serta penduduk SFI di sini semalam.

Abd Aziz merupakan Ketua Bahagian Warisan Sipitang berkata, mereka juga ingin mendapat penjelasan status perancangan terhadap proses pengambilan bekerja semula dibawah sustainable forest timber utilisation, processing, management, conservation research and development scheme seperti dinyatakan pada tahun lalu.

“Kita mahu Hajiji Noor juga memberikan penjelasan berkaitan kawasan kayu balak seluas 200,000 hektar atau kira-kira 500,000 ekar milik SFI di Sipitang samada sudah diambil semula oleh kerajaan negeri atau sebaliknya.

“Adakah benar kawasan kayu balak berkenaan telah dianugerahkan konsesi pembalakan kepada beberapa syarikat….Kami perlu penjelasan segera daripada Hajiji Noor bersama kepimpinan GRS,” katanya.

Menurutnya, jika benar sudah dianugerahkan siapa pemilik syarikat tersebut merupakan anak tempatan atau sebaliknya termasuk berapa lama tempoh konsesi diberikan.

“Persoalan ini pernah dibangkitkan tetapi tidak mendapat maklumbalas daripada kerajaan GRS. Kita ingin bertanya di mana ketelusan serta keberanian Hajiji Noor untuk memberikan pencerahan berhubung perkara ini,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles