KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan membahaskan sembilan Rang Undang-Undang (RUU) pada persidangan bermula 20 Julai ini, termasuk tiga RUU baharu berkaitan perwarisan orang Islam, Mahkamah Anak Negeri serta pentadbiran Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung.
Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya berkata, lima lagi RUU membabitkan pindaan termasuk Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2026).
Beliau berkata semua RUU yang dibawa ke Dewan mempunyai kepentingan dan tidak akan dibentangkan sekiranya tidak memberi manfaat kepada pentadbiran negeri.
Pada masa sama, beliau mengingatkan semua ADUN supaya mematuhi peraturan Dewan dan mengekalkan kualiti perbahasan yang berfakta serta berhemah.
