10,000 menghadiri Rumah Terbuka Aidil Fitri Hajiji di Tuaran

TUARAN: Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di Dewan Seri Sulaman dekat sini, hari ini, dihadiri kira-kira 10,000 tetamu.

Antara yang hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Panglima Kadzim Yahya, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam, Datuk Shahelmey Yahya dan menteri dan Pembantu Menteri Kabinet negeri serta ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta pemimpin tempatan.

Pengunjung di rumah terbuka dari jam 10 pagi hingga 2 petang itu dihiburkan oleh pelbagai artis tempatan dan persembahan istimewa oleh Datuk Jamal Abdillah.