PRN Sabah tahun depan – Hajiji

KOTA KINABALU : Pilihan raya Sabah akan diadakan tahun depan selepas penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) tamat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri mahu memanfaatkan masa ini untuk menyelesaikan isu-isu kritikal yang dihadapi rakyat Sabah.

“Masih banyak kerja yang perlu kita laksanakan khususnya menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat ketika ini seperti isu air,” katanya di sini semalam..

Hajiji merupakan pengerusi gabungan pemerintah, Gabungan Rakyat Sabah berkata, PRN Sabah ke-16 diadakan pada September 2020. DUN Sabah akan terbubar secara automatik pada Oktober tahun depan, diikuti dengan pilihan raya yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.