LABUAN : Seramai 100 pelajar kurang berkemampuan menerima bantuan pendidikan menerusi Projek Intelek Asnaf Bank Rakyat 2024 untuk meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Abdul Hakim Amir Osman berkata, projek merupakan kerjasama antara Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bersama Bank Rakyat itu memperuntukkan sejumlah RM260,000.
Katanya, kerjasama strategik itu memfokaskan bantuan pendidikan kepada anak asnaf kurang berkemampuan untuk mendapat poendidikan yang lebih sempurna.
“Projek Intelek Asnaf ini merupakan satu usaha untuk meningkatkan prestasi pelajaran anak asnaf melalui kelas tambahan atau tuisyen disediakan MC Plus merupakan pembayar Zakat PPZ-MAIWP” katanya di sini baru-baru ini.
Sementara itu, Ketua Wilayah Sabah Bank Rakyat, Md Azmi Mohd. Taib berkata, sumbangan ini berlandaskan kewajipan tuntutan salah satu rukun Islam serta komitmen Bank Rakyat dalam memberi semula kepada masyarakat memerlukan bantuan.
“Inisiatif ini diharap dapat memberikan impak positif kepada masyarakat termasuk komuniti pelajar asnaf dalam memacu pembangunan modal insan dan meningkatkan campaign Kepada Pendidikan yang inklusif,” jelas Md Azmi.