RANAU : Seramai 100 murid di beberapa sekolah di daerah ini menerima bantuan kelengkapan sekolah menerusi program Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) ‘Ceria Ke Sekolah’, kelmarin.
Bantuan ini membabitkan anak-anak keluarga B40 ini itu yang berupa beg sekolah, kelengkapan alat tulis dan wang saku.
Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB Ir. Mohd Yusmanizam Mohd Yusof ketika menyampaikan ucapan alu-aluan berkata, agihan sumbangan itu diberikan kepada 1,000 orang pelajar di seluruh negeri Sabah bagi sesi persekolahan tahun 2024/2025.
“SESB berharap sumbangan ini akan dapat membantu anak-anak memulakan awal persekolahan dengan baik dan selesa,” katanya.
Majlis penyerahan sumbangan diadakan di Dewan Sekolah SJKC Pai Wen dan disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Raisin Saidin.
Program ‘Ceria Ke Sekolah’ ini merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat SESB dilaksanakan sejak tahun 2018 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS).